Tuesday, June 15, 2010

LATAR BELAKANG MASJID

Masjid Sultan Yahya Petra adalah merupakan masjid kepada jajahan yang mula didirikan pada tahun 1968. Perletakan batu asas pembinaan telah disempurnakan oleh YAB Tun Ab.Razak b. Husin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada hari Ahad 26 Zulkaedah 1387 bersamaan 25 Februari 1968.
Perasmian Masjid Yaya Petra disempurnakan oleh DYMM Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim. Sultan Yang Di Pertua Kelantan Darul Naim pada Khamis 22 Muharram 1389 bersamaan 10 April 1969.

LOKASI

Masjid terletak di tengah-tengah Bandar Machang, Di Persimpangan Jalan Kuala KraI/Pasir Puteh/Tanah Merah/Kota Bharu. Ianya dibina di atas tanah seluas 2 ekar.

BANGUNAN MASJID

Keseluruhan bangunan Masjid Sultan Yahya Petra adalah berasaskan batu dimana masjid ini berukuran 270 kaki panjang dan 174 kaki lebar dan boleh menampung jemaah seramai 2300 orang.



PEJABAT KHAIRAT KEMATIAN DAN PEJABAT IMAN

Terdapat satu bangunan bekas tandas lama yang telah diubah suai dijadikan Pejabat Khairat Kematian dan Pejabat Imam.

PENGURUSAN MASJID

Pengurusan masjid dikendalikan oleh Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh YABrs Ketua Jajahan. Jawatankuasa Induk Masjid Sultan Yahya Petra adalah sebagaimana lampiran 1.
Selain daripada Jawatankuasa Induk ,Masjid Sultan Yahya Petra juga mempunyai satu jawatankuasa kecil pengurusan yang dipengerusikan oleh YBrs Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra. Jawatankuasa ini ialah terdiri daripada ahli-ahli jemaah dan senarai penuh jawatankuasa adalah sebagaimana lampiran 2.

PIAGAM PELANGGAN

• Memastikan suara azan berkumandang tepat pada masa dan waktunya.
• Berusaha menjadikan masjid tempat ibadat yang selesa, damai dengan prasarana yang menarik merangkumi dewan solat, bilik kuliah, maktabah dan lain-lain.
• Berusaha menyusun program-program pengimarahan masjid dengan mengdakan kuliah-kuliah, kelas bimbingan, program-program peristiwa bersejarah mengikut calendar Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Isra’ dan Mi’raj dan lain-lain.
• Berusaha mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO’S bagi mengatur program dan aktiviti sosial.
• Berusaha memupuk semangat ukhuwwah dan bertanggungjawab mengadakan ziarah ke rumah-rumah tertentu yang bermasalah mengambil tahu dan perhatian terhadap setiap permasalahan umrah semampu mungkin.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada anak mukim seperti urusan perkahwinan, pengurusan jenazah, khidmat nasihat, kutipan zakat dan lain-lain.
• Berusaha mematuhi peraturan dan program yang diarahkan oleh MAIK dari masa ke semasa

Wednesday, December 30, 2009

SASARAN AKTIVITI TAHUN MASJID TAHUN 2010

Selain daripada aktiviti yang telah sedia ada, mesyuarat Ajk Imarah bersetuju untuk mengadakan program pendidikan berterusan di Masjid Sultan Yahya Petra. Diantara program-program adalah seperti berikut:

A. PROGRAM TAMAN DIDIKAN AL-QURAN

TEMPOH PENGAJIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT;

1. 2 tahun : Tadika Quran (umur 5-6 tahun)
2. 1 tahun : Iqra’ Asas (umur 7–12 tahun)
3. 2 tahun : Iqra’ Lanjutan (umur 7–12 tahun)
4. 1 tahun : Hafalan (umur 7–12 tahun)

KAEDAH PELAKSANAAN

Murid dibahagikan mengikut kumpulan
1)CEMERLANG
Lancar membaca Al-Quran
2) SEDERHANA
Menguasai Iqra’ 4 ke atas.
3) POSITIF PENGUASAAN AL-QURAN –
Masih berada (belum menguasai) buku Iqra’ 3
dan kebawah.


GURU MENGGUNAKAN KAEDAH BERIKUT:

1. Talaqqi Musyafahah
2. Tikrar ( latih tubi)
3. Halaqah/Tadarus
4. Rakan Pembimbing

Cadangan aktiviti menyebut secara kaedah pengulangan (tikrar-latih tubi):

• Guru menulis dan menyebut contoh sebutan huruf/kalimah
• Murid mengikut bacaan guru secara kelas/kumpulan/individu
• Membaca secara latih tubi-kelas/kumpulan/individu
• Penilaian secara berpasangan/individu
• Penilaian guru-membetulkan kesalahan

WAKTU KELAS

Ahad-Khamis : Bermula 30 minit sebelum solat asar untuk sesi kelas fardu ain5.00—
7.00 ptg. Kelas bimbingan al-Quran

SYARAT PENYERTAAN

Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

PENGAMBILAN PELAJAR BERMULA JANUARI 2010

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bajet bagi program Taman Didikan Al-Quran bagi membayar gaji seorang guru al-Quran adalah dianggarkan sebanyak RM 6000.00 Setahun.

B. PROGRAM MESRA PELAJAR

Selain pendidikan asas Islam satu strategi yang menyeluruh untuk menjadikan masyarakat yang cemerlang sebagai modal insan, kelas-kelas tiusyen untuk pelajar UPSR dan PMR akan diadakan di Masjid ini.

KAEDAH PELAKSANAAN

Sebelum memasuki kelas tiusyen 30 minit pertama pelajar wajib mendengar kuliah fardu ain. Kaedah ini digunakan bagi mendedahkan pelajar tentang ilmu-ilmu Islam.

AKTIVITI MASJID SULTAN YAHYA PETRA


Sesuai dengan perkembangan masyarakat dan perubahan semasa, Masjid Sultan Yahya Petra telah dan sedang menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah:

1. Melaksanakan dan menjayakan program Hari & Peristiwa Kebesaran Islam :

o Sambutan Ma'al Hijrah

o Sambutan Maulid al Rasul

o Majlis Isra' dan Mikraj

o Ihya' Ramadan

o Sambutan Aidilfitri

o Iftar Jamaie pada hari Arafah

o Sambutan Aidiladha


2. Perkhidmatan Sosial & Kebajikan

o Perkhidmatan menguruskan jenazah

o Khidmat nasihat dan kaunseling Islam

o Ibadat-ibadat khusus dan umum dalam Islam

o Bantuan-bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan

o

3. Imarah Masjid

Buat masa ini fokus imarah Masjid sultan Yahya Petra adalah memelihara kelangsungan solat waktu berjemaah, majlis ilmu, syarahan umum dan melalui aktiviti-aktiviti seperti di bawah:

o Menguruskan hal ehwal kebersihan masjid

o Kuliah Maghrib

o Pengajian Turath selepas solat asar pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin

o Kuliah Subuh Pada Hari Jumaat dan Sabtu

o Tadarus al-Quran selepas solat Subuh

o Kuliah mingguan pada tiap-tiap pagi Isnin

o Program Ijtimak dan Muzakarah

o Qiamullail dan Zikrullah

o Program Klinik Solat Pelajar

o Forum

o Program Pintar Jawi

o Program membina generasi solat

Template by:
Free Blog Templates